Pages

Saturday, August 13, 2011

kejutan

Petang Ahad. Angin dari bukit belakang apartmen berhembus lembut. Laut yang terdampar kelihatan membiru dan berkilau-kilauan akibat pantulan cahaya matahari. Begitu indah pemandangannya dari balkoni apartmen tempat dia berehat dan tertidur. Ain tiba-tiba terjaga dari tidur. Dia menggesek-gesek matanya separuh sedar. Rasa lapar dan dahaga tiba-tiba datang. “Pukul berapa ya?” detik hatinya. Jam ditangan dilihatnya. “Eh, dah pukul 2.00 petang!” “lamanya aku tertidur” detik hatinya. Tiba-tiba dia teringat. Sejak pukul 12.00 tengah hari dia duduk di balkoni itu sambil membaca akhbar. Tiba-tiba dia tertidur kepenatan. Apa tidaknya, sepagian membersih rumah, mengemas dan membasuh pakaian. Maklumlah hanya pada hari minggu sahaja tugasan tersebut dapat dilakukan. Hari-hari yang lain dipenuhi dengan tugasan di pejabat. “Emm.. aku sembahyang zuhur dahulu dan lepas tu boleh keluar mencari makanan” fikirnya. “Panas-panas macam ni kalau dapat pekena jeli kelapa dan goreng pisang, sedap.”

Sebaik dia selesai sembahyang dan mengena tudung dan menyapu sedikit bedak dan lipstik, tiba-tiba telefonnya berdering. “Hello Ain” “Hello, siapa ya.” tanya Ain. “Akulah Faiz.” Jawab Faiz dengan riang. “Oh.. Faiz.” “Mana kau dapat nombor aku” “Sorry le, aku sejak dua tiga minggu ni sibuk je.” “Ya, aku tau.” “Sebab tulah engkau tak pernah teringin nak cal aku.” “Entah-entah kad yang aku beri pun engkau dah campak!” Balas Faiz dengan nada menyindir. “Tak le, ada aku simpan di pejabat.” Jawab Ain. Kemudian Faiz terus berkata, “Aku nak ajak kau makanlah.” “Aku tiba-tiba rasa teringin nak makan dengan engkau” “Rasanya sejak aku duduk di pulau ni belum lagi dapat makan di luar dengan gadis cantik macam engkau!” usik Faiz sambil merayu. “Emm.. pandailah engkau ya.” Balas Ain. “Eh, macam mana engkau tau aku belum lunch..?” “ Jom lah aku dah tunggu kat bawah apartmen kau ni.” Ain mendengar saja kata-kata Faiz sambil berbagai-bagai perasaan timbul. “Jangan tanya-tanyalah.. turun je,” “Nanti sambil makan aku cerita,” kata Faiz. Ain menutup telefonnya dan memasukkan ke dalam bag tangan. Dia menyangkutkan bag tangannya ke bahu lalu berjalan keluar. Dia menuju ke lif dan turun ke lobi apartmennya. Sebaik lif terbuka, Ain ternampak Faiz sedang duduk di atas sebuah sofa sambil memandangnya. Ain mengatur langkah menuju ke arah Faiz. Faiz pula bangun dan berjalan ke arah Ain. “Faiz menegur Ain, “Cantiknya awak sejak dah jadi anak dara ni” usik Faiz sambil mengarahkan Ain berjalan ke arah kereta. “Kau ni macam dulu juga ya, tiba-tiba saja boleh muncul depan mata aku” kata Ain mematikan usikan Faiz. Faiz membuka pintu kereta lalu menyuruh Ain masuk. Kemudian dia berjalan ke arah pintu pemandu. Dia masuk, duduk dan terus menghidupkan enjin kereta. “Cantiknya kereta.” “Mewah betul engkau di sini.” Kata Ain. Faiz memandu sebuah BMW sport dua pintu berwarna hitam kehijau-hijauan. “Tak…, ini kereta pakcik aku.” “Aku pinjam je.” Kata Faiz sambil memandang ke cermin sisi kereta. “Sejak aku accident dulu, dia tak benarkan aku menunggang motorsikal lagi.” “Jadinya, dia pinjamkan aku kereta ni.” terang Faiz.

Sebelum injin kereta dihidupkan, Faiz bertanya. “Kau nak makan kat mana?” tanyanya. “Aku cadangnya nak makan goring pisang dan minum air kelapa je” kata Ain. “Kat restoran mana?” Tanya Faiz sambil mula memusing stereng kereta. “Oh, gerai dekat tepi jeti pecan Kuah saja,” “Kau tau ke tempat tu?” Faiz menggeleng kepala. “Kemana-manapun boleh, asalkan kau tunjuk jalan.” “Aku belum tahu sangat tempat-tempat makan di Langkawi ni.” Kata Faiz sambil memandu keluar dari kawasan letak kereta apartmen Ain. Lebih kurang lima minit mereka sampai ke sebuah gerai di tepi jeti. Angin laut yang panas dan kering bertiup sepoi-sepoi bahasa. “Panaslah tempat ni,macam manalah Ain boleh suka makan tempat begini” detik hati Faiz. Pun begitu, dia berusaha untuk tidak menunjukkan yang dia tidak suka dengan gerai makan pilihan Ain. Mereka menuju ke sebuah meja kosong dan duduk di situ. Seorang pelayan kedai datang dan mereka terus memesan makanan. Ain memesan air kepala dan pisang goreng. Faiz pula memesan nasi pabrik dan teh O ais.

No comments:

Post a Comment