Pages

Saturday, August 13, 2011

Terkejut

“Sekarang ceritakan macam mana kau tahu rumah aku dan macam mana kau boleh dapat nombor aku?” kata Ain dengan wajah yang serius. “Amboi seriusnya kau?” “Senyum le sikit, wahai perempuan cantik!” Usik Faiz. Ain terus terkekek-kekek ketawa melihat gelagat Faiz yang melucukan itu. “Ain, Langkawi ni kecil.” “Pejabat kau tu bukannya jauh sangat dari pejabat aku” terangnya. “Aku tau, kau tentu tak akan call aku.” “Jadi bila, aku dah termimpi-mimpi kan engkau sejak dua tiga hari ni, aku call saja pejabat kau dan minta nombor telefon kau dari kerani di situ” terangnya. “Aku cakap saja aku dari Indah Holding dan ada perkara mustahak, terus saja aku boleh dapat nombor handset kau.” Terang Faiz sambil menyeringai kegirangan. Ain memandang saja muka Faiz sambil mendengar penerangannya. Tiba-tiba dia teringat Damia. Damia gadis lemah lembut. Anak tunggal seorang ahli perniagaan. Damia sangat baik. Cantik. Sedikit pendiam. “Eh, boleh aku Tanya sikit?” kata Ain. “Tanyalah." "Apa-apa pun boleh kau boleh tanya.” Jawab Faiz. “Damia apa khabar?” “Bila korang nak kahwin?” kata Ain sambil memandang ke arah laut. Faiz senyum. Kemudian dia mula bersuara, “Emm.. kau ingat lagi dia ya?” Ain lantas menjawab, “Takkan lupa kut, dia dulu kan selalu belanja aku makan di McD!” “Cumanya, bila dia sambung belajar di Leeds, sampai sekarang aku lost contact.” “Sama macam kau juga, bila kau pergi US, kau langsung tak contact aku!” “Maklumlah... u all pergi oversea..” kata Ain dengan suara yang merendah dan seolah-olah kecewa. “ Ain, siapa sebenarnya yang melupakan kawan?” tanya Faiz dengan mata yang bercahaya. “Engkau tu.., lepas SPM saja langsung tak mahu berkawan dengan kami.” “Aku call kau tak angkat.” “Boleh nama kau kau delete daripada senarai kawan FB engkau.” “Sedih betul aku tau!” kata Faiz menyanggah kenyataan-kenyataan Ain. “Ye lah, mungkin salah aku.” “Tapi, kalau engkau jadi aku pun masa itu, engkau tentu kecewa!” “Aku je yang tak dapat pergi oversea, geng kita yang lain semua dapat tawaran!” “Sedih gile aku!” kata Ain meluahkan perasaannya. “Tak apalah Ain, apa-apa pun sekarang engkau dah jadi lawyer kan?” kata Faiz. “Lawyer hebat!” “Urus projek juta-juta!” usik Faiz lagi. “Ala.. engkau ni ada-ada je lah Faiz” “Aku ni peguam biasa je” “Belajar pun di UiTM je.” Kata Ain merendah. “Anyway kau tak jawab lagi soalan aku.” Kata Ain. “Apa khabarnya Damia kekasih hati engkau tu?” “Di mana dia sekarang?” “Bila korang nak kahwin” Ain menyoal Faiz bertalu-talu. Belum pun sempat Faiz menjawab soalan itu, tiba-tiba telefon Ain berbunyi. “Hello, Ain bercakap, siapa di sana?” “Apa?” “Di mana?” Faiz melihat Ain menjawab telefon dengan wajahnya yang tiba-tiba berubah. Berubah daripada ceria kepada serius dan penuh tanda tanya.

Ain menamatkan perbualannya. Wajah cerianya berubah kepada gelisah. “Faiz, jom ke hospital.” “Puan Rozmiza kena strok.” “Dia masuk hospital.” Katanya dengan resah. Faiz segera memanggil pelayan untuk membayar makanan yang belum sempat mereka makan. Mereka seterusnya bergegas ke kereta.

kejutan

Petang Ahad. Angin dari bukit belakang apartmen berhembus lembut. Laut yang terdampar kelihatan membiru dan berkilau-kilauan akibat pantulan cahaya matahari. Begitu indah pemandangannya dari balkoni apartmen tempat dia berehat dan tertidur. Ain tiba-tiba terjaga dari tidur. Dia menggesek-gesek matanya separuh sedar. Rasa lapar dan dahaga tiba-tiba datang. “Pukul berapa ya?” detik hatinya. Jam ditangan dilihatnya. “Eh, dah pukul 2.00 petang!” “lamanya aku tertidur” detik hatinya. Tiba-tiba dia teringat. Sejak pukul 12.00 tengah hari dia duduk di balkoni itu sambil membaca akhbar. Tiba-tiba dia tertidur kepenatan. Apa tidaknya, sepagian membersih rumah, mengemas dan membasuh pakaian. Maklumlah hanya pada hari minggu sahaja tugasan tersebut dapat dilakukan. Hari-hari yang lain dipenuhi dengan tugasan di pejabat. “Emm.. aku sembahyang zuhur dahulu dan lepas tu boleh keluar mencari makanan” fikirnya. “Panas-panas macam ni kalau dapat pekena jeli kelapa dan goreng pisang, sedap.”

Sebaik dia selesai sembahyang dan mengena tudung dan menyapu sedikit bedak dan lipstik, tiba-tiba telefonnya berdering. “Hello Ain” “Hello, siapa ya.” tanya Ain. “Akulah Faiz.” Jawab Faiz dengan riang. “Oh.. Faiz.” “Mana kau dapat nombor aku” “Sorry le, aku sejak dua tiga minggu ni sibuk je.” “Ya, aku tau.” “Sebab tulah engkau tak pernah teringin nak cal aku.” “Entah-entah kad yang aku beri pun engkau dah campak!” Balas Faiz dengan nada menyindir. “Tak le, ada aku simpan di pejabat.” Jawab Ain. Kemudian Faiz terus berkata, “Aku nak ajak kau makanlah.” “Aku tiba-tiba rasa teringin nak makan dengan engkau” “Rasanya sejak aku duduk di pulau ni belum lagi dapat makan di luar dengan gadis cantik macam engkau!” usik Faiz sambil merayu. “Emm.. pandailah engkau ya.” Balas Ain. “Eh, macam mana engkau tau aku belum lunch..?” “ Jom lah aku dah tunggu kat bawah apartmen kau ni.” Ain mendengar saja kata-kata Faiz sambil berbagai-bagai perasaan timbul. “Jangan tanya-tanyalah.. turun je,” “Nanti sambil makan aku cerita,” kata Faiz. Ain menutup telefonnya dan memasukkan ke dalam bag tangan. Dia menyangkutkan bag tangannya ke bahu lalu berjalan keluar. Dia menuju ke lif dan turun ke lobi apartmennya. Sebaik lif terbuka, Ain ternampak Faiz sedang duduk di atas sebuah sofa sambil memandangnya. Ain mengatur langkah menuju ke arah Faiz. Faiz pula bangun dan berjalan ke arah Ain. “Faiz menegur Ain, “Cantiknya awak sejak dah jadi anak dara ni” usik Faiz sambil mengarahkan Ain berjalan ke arah kereta. “Kau ni macam dulu juga ya, tiba-tiba saja boleh muncul depan mata aku” kata Ain mematikan usikan Faiz. Faiz membuka pintu kereta lalu menyuruh Ain masuk. Kemudian dia berjalan ke arah pintu pemandu. Dia masuk, duduk dan terus menghidupkan enjin kereta. “Cantiknya kereta.” “Mewah betul engkau di sini.” Kata Ain. Faiz memandu sebuah BMW sport dua pintu berwarna hitam kehijau-hijauan. “Tak…, ini kereta pakcik aku.” “Aku pinjam je.” Kata Faiz sambil memandang ke cermin sisi kereta. “Sejak aku accident dulu, dia tak benarkan aku menunggang motorsikal lagi.” “Jadinya, dia pinjamkan aku kereta ni.” terang Faiz.

Sebelum injin kereta dihidupkan, Faiz bertanya. “Kau nak makan kat mana?” tanyanya. “Aku cadangnya nak makan goring pisang dan minum air kelapa je” kata Ain. “Kat restoran mana?” Tanya Faiz sambil mula memusing stereng kereta. “Oh, gerai dekat tepi jeti pecan Kuah saja,” “Kau tau ke tempat tu?” Faiz menggeleng kepala. “Kemana-manapun boleh, asalkan kau tunjuk jalan.” “Aku belum tahu sangat tempat-tempat makan di Langkawi ni.” Kata Faiz sambil memandu keluar dari kawasan letak kereta apartmen Ain. Lebih kurang lima minit mereka sampai ke sebuah gerai di tepi jeti. Angin laut yang panas dan kering bertiup sepoi-sepoi bahasa. “Panaslah tempat ni,macam manalah Ain boleh suka makan tempat begini” detik hati Faiz. Pun begitu, dia berusaha untuk tidak menunjukkan yang dia tidak suka dengan gerai makan pilihan Ain. Mereka menuju ke sebuah meja kosong dan duduk di situ. Seorang pelayan kedai datang dan mereka terus memesan makanan. Ain memesan air kepala dan pisang goreng. Faiz pula memesan nasi pabrik dan teh O ais.

kawan lama

Pukul 12.30 tengah hari mesyuarat di Indah Holding selesai. Dia ingin bergegas pulang ke pejabat, kerana ada temu janji dengan klien yang akan datang untuk menandatangani surat perjanjian jual beli rumah. Dua orang yang sudah membuat janji temu. Memang dia boleh suruh kerani di pejabat sahaja menguruskannya. Tetapi, klien yang dua orang ini perlu dia yang uruskan. “Ain, tunggu dulu,” satu suara telah menyebabkan langkahnya terhenti. “Faiz Sofwan, ya apa hal?” “Wah, sebenarnya kau masih ingat pada aku?” “Ya, takkan lupa kut, dari darjah tiga sampai tingkatan tiga kita tuisyen bersama.” Jawab Ain. “Ya, sebaik kau masuk ke dalam bilik mesyuarat tadi aku agak dah, engkau adalah Ain, budak comot yang selalu mengepit ayam serama dan selalu mengajak aku masuk dalam kandang ayam engkau sebelum cikgu tusyen datang.” Usik Faiz sambil tersenyum dan berjalan beriringin menuju ke lif. “Hebat engkau, disebabkan kau kemalangan, dua bulan projek aku dengan Indah Holding terbengkalai,” celah Ain sambil memandang parut-parut luka di muka Faiz.” “Teruk juga parut di muka kau Faiz” kata Ain. Kemudian dia menambah, “Tapi, tak mengapa, aku tau, Damia girlfriend kau tu tetap akan sayangkan kau.” Usik Ain. “Kau masih macam dulu ya Ain,” “Mesra, ramah dan kelakar.” kata Faiz cuba memotong cakap Ain. Dia tidak mahu Ain bercakap atau bertanya tentang Damia. “Cuma satu saja yang berbeza, “kau sekarang dah tambah cun!” usik Faiz lagi sambil tersenyum meleret memandang tepat ke mata Ain. Pintu lif terbuka. Ain melangkah keluar dan diikuti oleh Faiz. “Oklah, aku balik dulu,” “Eh..., tunggu dulu, beri nombor telefon kau.” Kata Faiz. “Ini kad aku,” unjuknya. Ain mengambil kad tersebut. “Aku nak cepatlah, lagipun bulan depan kita ada mesyuarat lagi, boleh jumpa.” Jawab Ain sambil berjalan menuju ke keretanya. “Oklah, aku tahulah, siapalah aku...” sayu sahaja suara Faiz. “Nanti aku call kau, aku kan dah dapat business card kau.” Jawab Ain lalu menutup pintu kereta. Faiz memandang kereta Ain yang mula meninggalkan perkarangan Indah Holding. Dia kemudiannya naik semula ke pejabatnya di tingkat 7 bangunan tersebut. “Betul ke Ain akan cal aku?” “Tak mungkin” “Aku tahu sangatlah perangai dia sejak dulu-dulu” detik hatinya sambil mula duduk di kerusi untuk meneruskan kerja. “Apa-apa pun Ain, kau tambah cantik sekarang.” “Senyum kau bertambah manis” “Kurus tinggi macam model” “Kau betul-betul sudah jadi perempuan” “Tentu sudah ada kekasih!” Tiba-tiba Faiz teringat kenangan zaman kanak-kanak. Tiap petang, selepas pukul lima, dia akan pergi ke rumah Ain untuk sama-sama bermain badminton. Di belakang rumah Ain ada gelanggang badminton yang dibuat khas oleh bapanya. Pada hari minggu biasanya mereka menghabiskan masa seisi keluarga bermain badminton. Kadang-kadang timbul rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

Suatu petang, sedang Faiz dan Ain bermain badminton, hujan turun dengan lebat. Mereka berlari berteduh ke sebuah wakaf yang dibina khas tidak jauh dari gelanggang badminton. Ayam kesayangan Ain melompat naik ke riba Faiz, juga mungkin tumpang berteduh! Faiz terkejut lalu menjerit! Ain gelak terkekek-kekek. “Faiz, apa nak jadilah dengan engkau ni” “Ayam pun takut” kata Ain sambil menangkap ayam tersebut dan memeluknya. Faiz memerhati sahaja Ain yang pada pandangannya comel ketika itu menggosok-gosok belakang ayamnya. “Ain, kau ni apalah..., perempuan tak main ayamlah” katanya. “Emm..... ada aku kesah?” “Kau tu lelaki, tapi takut ayam!” “Ha ha ha” Ain ketawa. Sedikit sebanyak Faiz rasa sakit hati juga dengan kata-kata Ain. Tapi, jauh di sudut hati, Faiz rasa seronok apabila bermain atau duduk berbual-bual dengan Ain. Sebenarnya Faiz rasa sayang pada Ain. Tapi perasaan itu dipendamkan jauh-jauh di dalam hati. Takut kalau-kalau Ain tahu. Sedar diri, yang dia masih sangat muda! Baru tingkatan dua! Kalau silap cakap, budak perempuan tomboy ini akan mengejeknya dengan lebih teruk lagi. Lamunannya terhenti apabila telefon didepannya berdering.

Bab 2

“Assalamualaikum Ain, apa khabar.” “Baik.” Jawab Ain. “Kau dah terima kad jemputan aku?” Tanya Syuhada penuh gembira melalui telefon. “Sudah,.” “Minggu lepas lagi,” Jawab Ain pendek. “Macam mana?” “Kau janji nak jadi pengapit aku, jadi?” Soal Syuhada dengan suara yang begitu gembira. “Pengapit kau?” Tanya Ain kehairanan. “Ya, aku cuma hendak menuntut janji.” Jawab Syuhada. Tiba-tiba Ain teringat janji yang dibuatnya pada Syuhada lima tahun dahulu. “Kau kena tunaikan janji kau,” “Takkan dah lupa kut..” kedengaran suara manja Syuhada temannya sejak berada di bangku sekolah. Ain masih ingat, Syuhada rakan baiknya itu bertemu Ameen teman lelakinya buat kali pertama pada satu pertandingan bowling, di One Utama. Ketika itu Ain mengusik Syuhada, “Kau cuba tackle mamat tu, kalau dapat, nanti.. bila kau naik pelamin aku boleh jadi pengapit kau” Kata Ain mengusik Syuhada, yang secara kebetulan bergaduh dengan Ameen kerana Ameen terlanggar bahunya semasa bergegas menujuk ke arah teman-temannya di satu sudut ruang bowling tersebut. Pergaduhan itu tidak berakhir setakat itu. Beberapa siri perselisihan faham antara mereka berterusan. Ada-ada sahaja peluang untuk mereka bertemu dan bertengkar. Kebetulan pula Ameen dan Syuhada secara kebetulan belajar program yang sama semasa di universiti. Dan entah bagaimana mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih semasa berada di tahun akhir pengajian!. Kini mereka akan ke jinjang pelamin. Ain tersenyum sendirian, lalu menjawab “Ok, Syud, jangan risau, lagi pun dua bulan lagi majlis kau tu”. “Eh, kau jangan.., dua bulan lagi tu tak lama tau!” Tingkah Syuhada. “Ok, ok, lepas ni aku book tiket kapal terbang, sehari sebelum majlis perkahwinan kau.” “Doakan moga bos aku luluskan cuti.” Tambah Ain. Dia kemudiannya meletakkan telefon dan terus mengadap komputer.

Ain membuka internet dan menempah tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya Ain telah memohon cuti dari Puan Rozmiza sebaik dia mendapat kad jemputan dari Syuhada. Lama benar rasanya dia tidak bertemu dengan rakan sekolahnya itu. Tentu dia akan berjumpa ramai lagi rakan-rakannya pada majlis perkahwinan Syuhada nanti. Itulah harapan Ain. Dia rindu benar untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. Sudah hampir dua tahun dia berada di Langkawi. Sejak itulah dia tidak berjumpa dengan mereka. Hanya telefon sahaja yang menghubungkan mereka. Dulu, masa belajar di universiti sempat juga berbual melalui emel dan facebook. Namun sejak bekerja, dia langsung tidak berkesempatan untuk menghubungi rakan-rakannya. Kesibukan dengan tugasan pejabat dan waktu malam yang sering digunakan untuk membaca dan mencari bahan bukti dan menyediakan bahan untuk perbicaraan mahkamah atau dokumen perjanjian membuatkan Ain langsung tidak berkesempatan untuk berhubung dengan rakan-rakan sekolahnya. Sebagai peguam baru, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Dia perlu banyak membaca. Itu menyebabkan kadang-kadang dia menghabiskan begitu banyak masa untuk membaca. Nasib baiklah pejabat Puan Rozmiza ini mempunyai mini perpustakaan yang agak lengkap. Apa yang perlu dilakukan hanya meminjam buku-buku tersebut dan membacanya!.

Puan Rozmiza ketika meluluskan cutinya sempat berkata “Emm, Ain nak jadi pengapit” “Ain pula, bila lagi?” Tanya Puan Rozmiza mengusik. “Entahlah Puan, belum jumpa Mr. Right lagi, jawab Ain sambil tersengih malu. “Takkanlah gadis cantik macam Ain ni tidak ada buah hati lagi,” kata Puan Rozmiza sambil tersenyum meleret. Ain hanya tersenyum sahaja sambil mengucapkan terima kasih, lalu berjalan keluar dari bilik Puan Rozmiza.

Emm.. macam pernah kukenal nama itu

“Praanggg!” tiba-tiba lamunannya terhenti. Ain serta-merta memandang keluar mencari dari mana arah datangnya bunyi seolah-olah sesuatu terlanggar. Dia ternampak sebuah motosikal yang agak besar tercampak hampir masuk ke longkang besar di tepi jalan raya berhampiran simpang masuk ke Indah Holding. Dari jauh kelihatan orang ramai mengerumi penunggang motosikal yang terbaring di bahu jalan. Ain hanya meninjau dari dalam kereta. “Adalah orang yang akan membantu tu, aku ni takut darah lebih baik jangan campur.” Hatinya berkata-kata. Lima minit kemudian kelihatan beberapa orang staf dari bangunan Indah Holding berlarian menuju ke kawasan kemalangan. Beberapa minit selepas itu kelihatan sebuah ambulans datang. Cepat betul ambulans sampai! Inilah baiknya tinggal di kawasan yang kurang sibuk. Penunggang motosikal dimasukkan ke dalam ambulans dan imbulans tersebut bergerak laju meninggalkan sekumpulan orang yang masih mengerumi motosikal yang masih terbaring di tebing longkang. Polis kemudian datang dan orang ramai mula bersurai. Motosikal tersebut telah diangkat oleh beberapa orang dan kemudiannya disorong masuk ke kawasan Indah Holding. “Oh, mungkin yang mendapat kemalangan tadi staf Indah Holding.” Fikir Ain sambil mengangkat beg dan fail-fail . Dia mengunci kereta lalu berjalan ke arah laluan utama Indah Holding.

Ain sampai di ruang legar depan bilik Mesyuarat Utama Indah Holding. Dia berdiri sambil menunggu dijemput masuk. Tidak berapa jauh daripada tempat dia berdiri, beberapa orang staf Indah Holding sedang berbual dan seolah-olah membincangkan sesuatu yang amat serius. Ain mula memasang telinga untuk mengetahui perkara yang dibincangkan mereka. “Teruk ke budak lelaki tu?” “Kesian ya, baru dua minggu kerja dengan kita sudah kena kemalangan pula.” Lelaki yang berdiri di sebelahnya menjawab, “Aku rasa tak teruk sangat, tapi mukanya calar balarlah kena tembok.” “Kesian dia, nampaknya tak hemsemlah lagi dia selepas ni..” sampuk seorang wanita separuh baya. “Eh, engkau ni, ada hati ke?”. “Laki kau yang botak tu nak campak ke mana?” Balas lelaki tersebut sambil menyeringai memandang wanita separuh baya. Wanita separuh baya itu kemudian masuk ke pejabatnya di sebelah Bilik Mesyuarat Utama tersebut. Ain terus berdiri sambil memerhati Carta Organisasi Indah Holding yang tergantung pada dinding Bilik Mesyuarat Utama. Kelihatan gambar Datuk Fazlan Yahya Pengerusi Lembaga Pengarah Indah Holding pada carta paling atas. Di bawahnya pula terdapat empat gambar lagi, iaitu gambar pengarah-pengarah Indah Holding. Sedang dia memerhatikan gambar-gambar tersebut, namanya tiba-tiba dipanggil. “Assalamualaikum, cik ni Ain Aziana dari Rozmiza & Co ya?” Ain Aziana menoleh ke arah suara tersebut. Dia tersenyum, lalu memandang wanita separuh baya tersebut dan menghulurkan tangan. Perempuan separuh baya itu menyambut tangannya sambil tersebut. “Saya Hasni, setiausaha datuk Fazlan”, terangnya. “Mari masuk ke Bilik Mesyuarat Utama,” jemput Puan Hasni. Wakil dari jurutera perunding, kontraktor, bank pembiaya rasanya semua sudah menunggu di dalam.” “Maaf ya, saya tadi kelam kabut, tak perasan Cik Ain Aziana sampai,” tambahnya. Ain hanya tersenyum mendengar celoteh wanita itu sambil mengekorinya masuk ke bilik Mesyuarat Utama. “Kenalkan, ini Cik Ain Aziana yang mewakili Rozmiza & Co.” “Rozmiza & Co adalah syarikat guaman yang dilantik untuk menguruskan urusan perundangan hartanah Indah Holding,” kata Puan Hasni kepada semua ahli mesyuarat yang sudah sedia menunggu dalam bilik tersebut. “Oh, maknanya memang Puan Rozmiza sudah dapat projek ini” detik hati Ain. “Patutlah dia boleh wakilkan aku..” fikirnya. Terasa kurang sikit rasa takut dihati Ain. Semua yang ada di dalam bilik tersebut memandangnya sambil tersenyum. Ain membalas senyuman mereka, lalu menarik sebuah kerusi untuk duduk. “Puan Hasni, pukul berapa mesyuarat kita ni nak mula?” tanya wakil dari bank pembiaya projek. “Nanti saya tengok Datuk Fazlan, tadi dia dalam perjalanan ke sini.” “Sebaik datuk Fazlan masuk mesyuarat akan dimulakan.” Tambah Puan Hasni sambil berjalan ke luar. Lima minit kemudian Puan Hasni masuk semula ke bilik mesyuarat.”Tuan-tuan dan puan-puan, Datuk baru sahaja menghubungi saya.” “Dia minta maaf, mesyuarat dibatalkan sebab anak saudara Datuk Fazlan, jurutera yang baru sahaja menyertai Indah Holding, iaitu Faiz Sofwan Ibrahim kemalangan jalan raya pagi ini.” “Bagi pihak Indah Holding, saya mohon maaf.” “ Saya akan menghubungi tuan puan sebaik sahaja Datuk menetapkan tarikh mesyuarat baru” Jelas Puan Hasni. “Sebelum tuan-tuan dan puan-puan beredar, dijemput untuk minum dulu sebab jamuan ringan telah disediakan,” katanya sambil mengarahkan ibu jarinya ke satu sudut dalam bilik tersebut. “Puan Hasni, teruk ke budak Faiz tu?” tanya Encik Bakar wakil dari syarikat kontraktor. “Saya baru sahaja kenal dia minggu lepas.” “Baik budak tu, senang nak berurusan.” Tambah Encik Bakar. “Saya pun tak tahulah,” Balas Puan Hasni. “Wakil dari Indah Holding yang pergi menziarahnya di hospital belum pulang lagi.” Tambah Puan Hasni. Ain yang sudah mengambil secawan teh duduk di kerusinya semula. Tiba-tiba dia bertanya, “Puan Hasni, anak saudara Datuk ni kemalangan dekat simpang masuk ke bangunan ini pagi ini ya?” “Ya, Cik Ain pun nampak ya?” tanya Puan Hasni. Ain memandang Puan Hasni sambil mengangguk.” “Encik Faiz pun sepatutnya menghadiri mesyuarat kita pagi ni, tetapi baru sampai ke depan bangunan ni kemalangan pula.” Jelas Puan Hasni sambil mengunjuk cawan yang berisi air kepada dua orang ahli mesyuarat lagi. “Faiz Sofwan Ibrahim..hmm macam pernah dengar nama itu.” “Tapi di mana ya?” Detik hati Ain. Selepas minum, Ain minta diri dan terus pulang ke pejabatnya.

gerun

Entah mengapa Ain berasa gerun untuk mewakili Puan Rozmiza dalam mesyuarat hari ini. “Dia mula memandu perlahan-lahan menuju ke jalan besar. Pekan Kuah pada waktu-waktu begini agak kurang kenderaan. Maklumlah yang biasanya menjadikan pekan Kuah ini sesak ialah pelancong yang datang pada musim cuti sekolah atau hujung minggu. Hari ini hari bekerja dan waktu pukul 9.30 ini bukanlah waktu kemuncak. Indah Holding terletak hanya kira-kira 10 km dari pejabatnya. Sebenarnya bukannya jauh sangat, dalam masa kurang 15 minit Ain boleh sampai ke bangunan pejabat Indah Holding. Tetapi, pagi ini dia rasa ingin sampai cepat supaya boleh bersedia. Sebenarnya inilah pertama kali sejak dia ditauliahkan menjadi peguam, dia akan menguruskan hartanah yang nilainya jutaan ringgit. Sebelum ini dia hanya diberi tanggungjawab menguruskan urusan perrjanjian jual beli rumah antara klien dan pihak bank. Kebanyakan bank-bank yang berada di pekan Kuah ini telah dikenali pengurusnya memandangkan itulah tugas yang sering diserahkan kepadanya oleh Puan Rozmiza. Tetapi, tugas hari ini dirasakan agak mencabar. Dia kena menunjukkan dirinya sehebat dan segagah Puan Rozmiza pada pihak pengurusan Indah Holding berhubung pengetahuan tentang urusan hartanah. “Mampukah aku?” detik hati kecilnya. Kereta Proton Perdana hitam milik syarikat guaman Rozmiza & Co. dipandu perlahan masuk ke kawasan parkir Indah Holding. Dia memberhentikan kereta di petak parkir sebelah pohon bunga Tanjung yang rendang supaya keretanya dilindungi matahari yang mula memancar. Di hadapannya terbentang lautan yang menghadap Kuala Perlis. Dari jauh kelihatan perahu nelayan, feri dan kapal-kapal layar di permukaan laut. Ada yang kelihatan sedang bergerak dengan malas dan ada pula yang seolah-olah terpaku di permukaan laut tersebut. Dia mematikan injin kereta. Jam baru menunjukkan 9.45 pagi. “Aku ada masa 10 minit untuk duduk di sini sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan,” fikirnya sambil membetulkan kerusi. Tiba-tiba Ain teringat pada mama, papa dan adik-adik yang berada di Shah Alam. Apa khabar mereka ya, fikirnya. Sudah dua bulan, iaitu sejak hari pentauliahan tersebut dia meninggalkan Shah Alam. Tinggal bersama keluarga di Shah Alam memang seronok, tetapi di sini dia sentiasa keseorangan. Tiada kehidupan malam di sini. Selepas pukul 8.00 malam pekan Langkawi sudah sunyi sepi, kecualilah pada waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Tetapi, ini adalah jalan yang dia sendiri pilih. Dia masih teringat, dia sendiri yang memohon untuk chambering di Rozmiza &Co dua tahun dulu dan seterusnya menerima tawaran Puan Rozmiza untuk bekerja dengannya. Ingin merasa tinggal di sebuah bandar kecil yang kurang sibuk berbanding Shah Alam dan Kuala Lumpur. Mama dan papa memang amat bersetuju dengan cadangannya memandangkan Puan Rozmiza peguam terkenal di Langkawi ini adalah rakan mama semasa belajar di Universiti Malaya dua puluh lima tahun yang lalu. Papa pula begitu berminat dengan pulau ini sehingga membeli sebuah Studio Apartmen untuk tempat tinggal ketika bercuti di Langkawi. Entahlah, kenapalah papa suka sangat dengan pulau ini sehingga sanggup datang setiap tahun bercuti di sini! Namun jauh di lubuk hatinya, Ain berasa amat bersyukur. Studio Apartmen yang dibeli oleh bapanya itulah menjadi tempat tinggalnya sekarang. Dia gembira tinggal di situ.

maklumat baru

Jam menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Ain kelihatan bersiap sedia dengan memasukkan telefon yang terletak di atas meja ke dalam beg tangan. Fail berkenaan dikepitnya lalu dia berjalan keluar dari biliknya. Dia berjalan menuju ke arah tangga sambil memandang ke arah Nani, kerani yang sedang sibuk dengan tugasnya menyusun dan mendaftarkan fail-fail syarikat mengikut kategorinya. “Nani, saya pergi dulu ya,” katanya sambil menyelinap menuruni tangga. Nani memandangnya dengan senyuman, sambil mengangkat ibu jari.

Ain terus menuju ke arah sebuah Proton Perdana hitam, iaitu kereta kepunyaan pejabatnya. Dia menekan punat kunci dan kemudian masuk ke kereta. “Emm, nampaknya kereta rasmi pejabat Puan Rozmiza ni sudah menjadi seolah-olah keretaku” detik hatinya. Baik betul hati Puan Rozmiza, sudahlah dia beri aku kerja di pejabatnya, kereta syarikat pun dia beri aku guna.” “Kenapa ya?” “Entah-entah dia berminat untuk menjadikan aku sebagai menantunya,” “Hissh, jangan beranganlah, masakan jejaka kacak, tinggi lampai itu mahu memilih aku menjadi calon isterinya.” “Memandang sebelah matapun dia tak sudi,” hatinya terus berkata-kata.” Ain masih teringat, tiga minggu yang lalu dia telah dijemput oleh Puan Rozmiza untuk makan malam di rumahnya. Ketika itu Puan Rozmiza telah memperkenalkan Hafiz Affendi anak lelaki tunggalnya. Hafiz Affendi, doktor muda yang baru sahaja pulang dari Ireland dan berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya itu pulang ke Langkawi beberapa hari untuk menziarahi ibunya. “Ain, ini anak saya, Hafiz Affendi,” kata Puan Rozmiza. “Hafiz, mama kenalkan, ini Ain Aziana peguam baru di pejabat mama,” kata Puan Rozmiza dengan wajah penuh gembira. Hafiz memandangnya sambil menganggukkan kepala. Ain memandangnya, mengganggukkan kepala dan tersenyum penuh ikhlas. Namun, senyumannya tidak dibalas dengan senyuman oleh Hafiz. Sebaliknya Hafiz menjelingnya dengan air muka yang menunjukkan keangkuhan. “Ibu dan bapa Ain ni dulu kawan mama masa sama-sama belajar di Universiti Malaya dua puluh lima tahun yang lalu.” “Arwah papa dulu rapat sangat dengan ayah Ain ni.” Kata Puan Rozmiza kepada anaknya. “Ibu bapa Ain ni tinggal di Shah Alam, tak jauh dari Petaling Jaya.” “Nanti bila ada kesempatan Hafiz pergilah menziarahi mereka.” “Ataupun, bila-bila mama ada urusan di Kuala Lumpur nanti, kita pergi ke rumah mereka sama-sama, mahu?” Hafiz hanya menggangguk tanpa mengeluarkan sepatah katapun. Seolah-olah tiap butir perkataan yang diujarkan oleh ibunya itu langsung tidak masuk ke dalam mindanya.

Malam itu hanya Puan Rozmiza sahaja yang banyak berbicara dan berceloteh. Hafiz hanya bercakap sepatah dua. Itupun seolah-olah terpaksa apabila perlu menjawab soalan-soalan daripada Puan Rozmiza. Daripada pandangan Ain, Hafiz seorang jejaka kacak tetapi agak sombong. “Siapalah aku untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannya.” Fikir Ain. “Aku cuma seorang peguam dan mendapat pendidikan dalam negara. Sedangkan Hafiz seorang doktor yang mendapat didikan di luar negara dan telah berada di sana enam tahun.” Dari cara Puan Rozmiza, jelas dia seolah-olah mahu Hafiz anaknya itu memulakan hubungan dengan Ain. “Hafiz, kau jangan berlagaklah! Pinggan tak retak nasi tak dingin,” “Kau tak hendak, akupun tak ingin!” fikir Ain.

Selepas makan malam, Puan Rozmiza membuka album dan menunjukkan gambar-gambar lama. “Tengok ni Ain, ini gambar papa Ain dengan arwah suami Auntie.” “Mereka ini dikenali sebagai kembar nama, sebab nama mereka sama.” Tambah Puan Rozmiza. “Oh, nama suami Auntie sama dengan nama papa Ain ya.” “Hafiz yang duduk di sebuah sofa berhadapan mereka kelihatan resah. Kadang-kadang dia memandang ke luar. Tiba-tiba dia bersuara, “Mama, Hafiz nak keluar sekejap ya.” “Nak jumpa kawan sekejap.” Tambahnya sambil bangun dan berjalan ke pintu. Puan Rozmiza hanya memandang dengan wajah berkerut, menjawab, “Pergilah.. jangan balik lewat sangat ya.”

Kesempatan tinggal berdua sambil melihat gambar lama membolehkan Ain bertanya tentang sejauh mana rapatnya hubungan arwah suami Puan Rozmiza dengan papanya. “Nama mereka sama, Muhammad Hisham,” kata Puan Rozmiza. “Mereka sangat rapat dan mengambil kursus yang sama masa di UM,” Puan Rozmiza mula bercerita. “Papa Ain dengan arwah suami Auntie pernah membuka perniagaan bersama,” “Tapi sekejap sahaja, lebih kurang dua tahun.” Tambahnya.” “Selepas itu, papa buat apa?” tanya Ain. “Oh, papa Ain sambung belajar buat master dan dua tahun kemudian dia bekerja menjadi pensyarah di UM.” Katanya lagi. “Papa Ain lah yang menyelamatkan syarikat arwah suami Auntie semasa hampir bangkrap” bersungguh Puan Rozmiza bercerita. “Ain tau, Hafiz lahir pada hari yang sama ayahnya meninggal dunia..” perlahan suara Puan Rozmiza. “Oh, jadi Hafiz tidak pernah berjumpa ayahnya?” tanya Ain dengan wajah sedikit simpati. “Ya, Auntie pun sebenarnya hanya dua bulan sahaja yang betul-betul tinggal sebumbung dengan ayah Hafiz.” “Selepas itu kami cuma berjumpa dua atau tiga minggu sekali.” “Ayah Hafiz bekerja di Kuala Lumpur, Auntie pula bekerja di sini,” sambung Puan Rozmiza. “Dua tahun selepas berkahwin, Auntie bersalinkan Hafiz, dan pada hari itulah juga ayah Hafiz meninggal akibat kemalangan jalan raya.” cerita Puan Rozmiza lagi dengan wajah sedikit sedih. “Masa itu, dia tergesa-gesa memandu kerana mendengar berita Auntie sudah masuk wad untuk bersalin” “Selepas suami Auntie meninggal, Auntie langsung tidak pernah pergi ke KL.” “Papa Ain tolong uruskan penjualan syarikat suami Auntie dan duit itulah yang Auntie gunakan untuk membuka syarikat guaman tempat Ain bekerja sekarang.” katanya lagi.