Pages

Saturday, August 13, 2011

Bab 1


“Ain, masuk sekejap,” panggil Puan Rozmiza sambil menggamit Ain, sebaik dia masuk ke ruang pejabat awal pagi itu. Ain Aziana memusing ke arah pintu bilik ketuanya. Hanya berapa langkah untuk menuju ke bilik ketuanya itu kerana syarikat guaman itu hanyalah sebuah bangunan kedai dua tingkat. Bilik Puan Rozmiza terletak di ruang hadapan di sebelah tangga, manakala biliknya di bahagian belakang. Antara biliknya dan bilik Puan Rozmiza terdapat tiga buah meja, iaitu meja dua orang kerani dan sebuah meja lagi tempat pembantu pejabat. “Ya, Puan, apa halnya? Tanya Ain. Biasanya Puan Rozmiza pagi-pagi begini tidak mahu diganggu. Dia akan duduk membaca dan meneliti kes, kerana pada pukul 8.30 pagi dia akan menuju ke mahkamah. Puan Rozmiza seorang peguam yang terkenal di Pulau Langkawi. Dia seorang peguam wanita yang disegani di pulau itu. “Ain, awak tolong hadiri mesyuarat dengan Indah Holding pukul 10.00 pagi ni boleh? Saya terlupa beritahu awak pasal hal ini semalam. Petang semalam kita dapat faks dari Indah Holding yang melantik syarikat kita sebagai peguam bagi menguruskan urusan hartanah mereka.” Dan pagi ini akan diadakan satu mesyuarat bersama Lembaga Pengarah, jurutera perunding dan kontraktor.” jelas Puan Rozmiza. “Bagus projek ini Ain, mereka hendak membina sebuah Hotel lima bintang setinggi 15 tingkat berhampiran Jambatan yang menghala ke jeti pekan Kuah.”tambahnya lagi. “ Ok, saya pergi Puan, tapi... saya ni baru Puan, banyak perkara yang saya belum tau lagi” jawab Ain sedikit risau. “Tidak mengapa, segala dokumen saya sudah sediakan. Semua telah saya masukkan dalam fail ini. Ain baca dan telitilah dulu.” Katanya dengan penuh harapan. “Boleh, saya percaya Ain boleh buat,” “Sembilan bulan Ain Chambering di syarikat ini. Kemudian Ain jangan lupa, tambah dua bulan, Ain menjadi peguam syarikat ini, masakan saya tidak tahu kebolehan Ain,” tambah Puan Rozmiza sambil mengunjukkan sebuah fail kepada Ain dengan sebuah senyuman penuh harapan. “Ain teliti dulu dokumen-dokumen dalam fail ini sebelum pergi, ada dua jam lagi masa, sempat!” . “Baik Puan, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya,” sambut Ain dengan mata yang bersinar, sambil mengambil fail tersebut. Bermacam perasaan berlegar-legar dalam kepala. Gembira diberi kepercayaan. Takut, sekiranya gagal melaksanakan tugas diberi. Bukan mudah menguruskan projek hartanah bernilai jutaan ringgit!

No comments:

Post a Comment