Pages

Saturday, August 13, 2011

kawan lama

Pukul 12.30 tengah hari mesyuarat di Indah Holding selesai. Dia ingin bergegas pulang ke pejabat, kerana ada temu janji dengan klien yang akan datang untuk menandatangani surat perjanjian jual beli rumah. Dua orang yang sudah membuat janji temu. Memang dia boleh suruh kerani di pejabat sahaja menguruskannya. Tetapi, klien yang dua orang ini perlu dia yang uruskan. “Ain, tunggu dulu,” satu suara telah menyebabkan langkahnya terhenti. “Faiz Sofwan, ya apa hal?” “Wah, sebenarnya kau masih ingat pada aku?” “Ya, takkan lupa kut, dari darjah tiga sampai tingkatan tiga kita tuisyen bersama.” Jawab Ain. “Ya, sebaik kau masuk ke dalam bilik mesyuarat tadi aku agak dah, engkau adalah Ain, budak comot yang selalu mengepit ayam serama dan selalu mengajak aku masuk dalam kandang ayam engkau sebelum cikgu tusyen datang.” Usik Faiz sambil tersenyum dan berjalan beriringin menuju ke lif. “Hebat engkau, disebabkan kau kemalangan, dua bulan projek aku dengan Indah Holding terbengkalai,” celah Ain sambil memandang parut-parut luka di muka Faiz.” “Teruk juga parut di muka kau Faiz” kata Ain. Kemudian dia menambah, “Tapi, tak mengapa, aku tau, Damia girlfriend kau tu tetap akan sayangkan kau.” Usik Ain. “Kau masih macam dulu ya Ain,” “Mesra, ramah dan kelakar.” kata Faiz cuba memotong cakap Ain. Dia tidak mahu Ain bercakap atau bertanya tentang Damia. “Cuma satu saja yang berbeza, “kau sekarang dah tambah cun!” usik Faiz lagi sambil tersenyum meleret memandang tepat ke mata Ain. Pintu lif terbuka. Ain melangkah keluar dan diikuti oleh Faiz. “Oklah, aku balik dulu,” “Eh..., tunggu dulu, beri nombor telefon kau.” Kata Faiz. “Ini kad aku,” unjuknya. Ain mengambil kad tersebut. “Aku nak cepatlah, lagipun bulan depan kita ada mesyuarat lagi, boleh jumpa.” Jawab Ain sambil berjalan menuju ke keretanya. “Oklah, aku tahulah, siapalah aku...” sayu sahaja suara Faiz. “Nanti aku call kau, aku kan dah dapat business card kau.” Jawab Ain lalu menutup pintu kereta. Faiz memandang kereta Ain yang mula meninggalkan perkarangan Indah Holding. Dia kemudiannya naik semula ke pejabatnya di tingkat 7 bangunan tersebut. “Betul ke Ain akan cal aku?” “Tak mungkin” “Aku tahu sangatlah perangai dia sejak dulu-dulu” detik hatinya sambil mula duduk di kerusi untuk meneruskan kerja. “Apa-apa pun Ain, kau tambah cantik sekarang.” “Senyum kau bertambah manis” “Kurus tinggi macam model” “Kau betul-betul sudah jadi perempuan” “Tentu sudah ada kekasih!” Tiba-tiba Faiz teringat kenangan zaman kanak-kanak. Tiap petang, selepas pukul lima, dia akan pergi ke rumah Ain untuk sama-sama bermain badminton. Di belakang rumah Ain ada gelanggang badminton yang dibuat khas oleh bapanya. Pada hari minggu biasanya mereka menghabiskan masa seisi keluarga bermain badminton. Kadang-kadang timbul rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

Suatu petang, sedang Faiz dan Ain bermain badminton, hujan turun dengan lebat. Mereka berlari berteduh ke sebuah wakaf yang dibina khas tidak jauh dari gelanggang badminton. Ayam kesayangan Ain melompat naik ke riba Faiz, juga mungkin tumpang berteduh! Faiz terkejut lalu menjerit! Ain gelak terkekek-kekek. “Faiz, apa nak jadilah dengan engkau ni” “Ayam pun takut” kata Ain sambil menangkap ayam tersebut dan memeluknya. Faiz memerhati sahaja Ain yang pada pandangannya comel ketika itu menggosok-gosok belakang ayamnya. “Ain, kau ni apalah..., perempuan tak main ayamlah” katanya. “Emm..... ada aku kesah?” “Kau tu lelaki, tapi takut ayam!” “Ha ha ha” Ain ketawa. Sedikit sebanyak Faiz rasa sakit hati juga dengan kata-kata Ain. Tapi, jauh di sudut hati, Faiz rasa seronok apabila bermain atau duduk berbual-bual dengan Ain. Sebenarnya Faiz rasa sayang pada Ain. Tapi perasaan itu dipendamkan jauh-jauh di dalam hati. Takut kalau-kalau Ain tahu. Sedar diri, yang dia masih sangat muda! Baru tingkatan dua! Kalau silap cakap, budak perempuan tomboy ini akan mengejeknya dengan lebih teruk lagi. Lamunannya terhenti apabila telefon didepannya berdering.

No comments:

Post a Comment