“Assalamualaikum Ain, apa khabar.” “Baik.” Jawab Ain. “Kau dah terima kad jemputan aku?” Tanya Syuhada penuh gembira melalui telefon. “Sudah,.” “Minggu lepas lagi,” Jawab Ain pendek. “Macam mana?” “Kau janji nak jadi pengapit aku, jadi?” Soal Syuhada dengan suara yang begitu gembira. “Pengapit kau?” Tanya Ain kehairanan. “Ya, aku cuma hendak menuntut janji.” Jawab Syuhada. Tiba-tiba Ain teringat janji yang dibuatnya pada Syuhada lima tahun dahulu. “Kau kena tunaikan janji kau,” “Takkan dah lupa kut..” kedengaran suara manja Syuhada temannya sejak berada di bangku sekolah. Ain masih ingat, Syuhada rakan baiknya itu bertemu Ameen teman lelakinya buat kali pertama pada satu pertandingan bowling, di One Utama. Ketika itu Ain mengusik Syuhada, “Kau cuba tackle mamat tu, kalau dapat, nanti.. bila kau naik pelamin aku boleh jadi pengapit kau” Kata Ain mengusik Syuhada, yang secara kebetulan bergaduh dengan Ameen kerana Ameen terlanggar bahunya semasa bergegas menujuk ke arah teman-temannya di satu sudut ruang bowling tersebut. Pergaduhan itu tidak berakhir setakat itu. Beberapa siri perselisihan faham antara mereka berterusan. Ada-ada sahaja peluang untuk mereka bertemu dan bertengkar. Kebetulan pula Ameen dan Syuhada secara kebetulan belajar program yang sama semasa di universiti. Dan entah bagaimana mereka akhirnya menjadi pasangan kekasih semasa berada di tahun akhir pengajian!. Kini mereka akan ke jinjang pelamin. Ain tersenyum sendirian, lalu menjawab “Ok, Syud, jangan risau, lagi pun dua bulan lagi majlis kau tu”. “Eh, kau jangan.., dua bulan lagi tu tak lama tau!” Tingkah Syuhada. “Ok, ok, lepas ni aku book tiket kapal terbang, sehari sebelum majlis perkahwinan kau.” “Doakan moga bos aku luluskan cuti.” Tambah Ain. Dia kemudiannya meletakkan telefon dan terus mengadap komputer.
Ain membuka internet dan menempah tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya Ain telah memohon cuti dari Puan Rozmiza sebaik dia mendapat kad jemputan dari Syuhada. Lama benar rasanya dia tidak bertemu dengan rakan sekolahnya itu. Tentu dia akan berjumpa ramai lagi rakan-rakannya pada majlis perkahwinan Syuhada nanti. Itulah harapan Ain. Dia rindu benar untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya. Sudah hampir dua tahun dia berada di Langkawi. Sejak itulah dia tidak berjumpa dengan mereka. Hanya telefon sahaja yang menghubungkan mereka. Dulu, masa belajar di universiti sempat juga berbual melalui emel dan facebook. Namun sejak bekerja, dia langsung tidak berkesempatan untuk menghubungi rakan-rakannya. Kesibukan dengan tugasan pejabat dan waktu malam yang sering digunakan untuk membaca dan mencari bahan bukti dan menyediakan bahan untuk perbicaraan mahkamah atau dokumen perjanjian membuatkan Ain langsung tidak berkesempatan untuk berhubung dengan rakan-rakan sekolahnya. Sebagai peguam baru, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Dia perlu banyak membaca. Itu menyebabkan kadang-kadang dia menghabiskan begitu banyak masa untuk membaca. Nasib baiklah pejabat Puan Rozmiza ini mempunyai mini perpustakaan yang agak lengkap. Apa yang perlu dilakukan hanya meminjam buku-buku tersebut dan membacanya!.
Puan Rozmiza ketika meluluskan cutinya sempat berkata “Emm, Ain nak jadi pengapit” “Ain pula, bila lagi?” Tanya Puan Rozmiza mengusik. “Entahlah Puan, belum jumpa Mr. Right lagi, jawab Ain sambil tersengih malu. “Takkanlah gadis cantik macam Ain ni tidak ada buah hati lagi,” kata Puan Rozmiza sambil tersenyum meleret. Ain hanya tersenyum sahaja sambil mengucapkan terima kasih, lalu berjalan keluar dari bilik Puan Rozmiza.
No comments:
Post a Comment